"Dump" dan "Dumb"
"Dumb" dan "dump", walakin perbezaan dari segi makna dan ejaannya, pada perpekstif kami ada kesinambungan diantara dua ayat ini. Konotasi "dump" didalam bahasa melayu ialah membuang, manakala "dumb" ialah bodoh. Isu yang akan diketengahkan bukanlah tentang sampah yang dibuang yang sepatutnya menjadi amalan kita. Mungkin membuang sampah ke tempat yang seharusnya ialah sesuatu yang bijak. Akan tetapi, isu ini adalah tentang manusia-manusia yang lebih tepat digelar tidak berotak atau pun bodoh dan tidak berhati-perut atas perlakuan membuang bayi yang mereka buat bagaikan sampah dan sisa makanan.
Membuang bayi kini bagaikan sesuatu fenomena yang biasa didalam era globalisasi kini. Fakta yang mengatakan bahawa semua manusia secara mental terganggu pada tahap yang berbeza tidak boleh menjelaskan mengapa beberapa wanita memutuskan untuk membuang anak-anak mereka. Apakah yang menyebabkan mereka tergamak melakukan perkara sedemikian ? Adakah mereka sudah hilang akal ataupun sudah hilang rasa keperimanusiaan? Dimanakah sifat keibuan yang ada pada setiap wanita yang telah dikurniakan sejak lahiriah lagi dan sifat keibuan yang sepatutnya tidak akan dapat dipisahkan dari jiwa setiap wanita? Mungkin bukan pada wanita zaman kini pada kami. Hamba Allah yang membuat perlakuan keji ini tidak patut langsung digelar wanita, perempuan mahupun manusia. Mereka ini hanyalah binatang bertopengkan jantina yang lebih patut dipanggil betina! Ada sesiapa yang ingin membantah? Ataupun ada diantara golongan yang didiskusikan oleh kami ini ingin tampil kehadapan kerana tidak berpuas hati dengan penyataan kami? Hanya satu penyataan yang kami amat pasti semua akan setuju. Sedangkan babi dan anjing pun menjaga anak mereka. Tiada pula kes binatang-binatang ini membuang anak mereka. Tetapi, bukankah dikatakan binatang dilahirkan tanpa akal. Fikirkan sejenak, siapakah yang dilahirkan tidak berakal sebenarnya wahai pembaca sekalian.
Jikalau ingin membincangkan tentang impak dari gejala bodoh ini, memang tidak akan habis. Antaranya implikasinya adalah trauma. Mungkin bunyinya tidak begitu serius. Realitinya, apabila mereka melalui kehamilan yang tidak diundang dan seterusnya membuang bayi yang tidak berdosa setelah mereka dilahirkan biasanya akan menghantui mereka seumur hidup mereka yang sekiranya masih ada lagi sisa-sisa keperimanusian. Ini oleh kerana mereka berasa bersalah atas diri sendiri. Sehubungan dengan itu, mereka akan sentiasa berasa dibawah tekanan . Jadi mungkin itu dapat memberikan kesan bagi kesihatan mereka, sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Pembuangan bayi boleh memberikan impak kepada keluarga juga kerana keluarga akan malu pada tindakan anak-anak mereka. Hal ini kerana jiran tetangga yang ada disekeliling sudah pasti memandang serong terhadap keluarga tersebut dan melabel satu keluarga dengan benda-benda negatif . Bak kata pepatah, 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Akhirnya, orang tua mereka pula akan berasa bersalah kerana berasa gagal membesarkan anak mereka dengan betul. Pada pendapat kami, selagi ibu bapa yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka namun diuji dengan ujian sebegini rupa, mereka tidak seharusnya berasa bersalah ataupun mancari dimana kesilapan semasa membesarkan anak mereka itu. Fikir secara logik, jika mereka pandai berpengan tangan, berpeluk, bercium, berbogel, mengangkang untuk berzina dan ada otak dengan membuat keputusan untuk memuaskan nafsu mereka biarpun di dalam semak mahupun tandas-tandas awam. Takkan mereka tidak ada otak untuk memifikirkan kesan yang mendatang jikalau pun dosa telah mereka buang didalam kamus hidup mereka.
Kepada Mak Cik Peah, Cik Kiah dan sesiapa jua yang suka bercerita tentang keaiban orang, kami nasihatkan, beringatlah, kamu semua pun ada anak juga. Kita takkan tahu apa ujian yang telah tuhan sediakan untuk kita pada masa mendatang. Jangan sesedap mulut menyalahkan itu atau ini. Jikalau rasa diri itu bertanggungjawab sebagai masyarakat yang kononya bersandarkan gelaran khalifah di muka bumi tuhan ini, mencaci, mengherdik dan menghina bukan cara sebetulnya. Manakala bagi binatang-binatang yang berjantinakan betina, tuhan bagi otak, akal dan ibu bapa untuk mendidik kita. Maka gunakan otak, akal dan fikiran sebelum membuat apa-apa. Jangan bagi alasan kerana perempuan dilahirkan dengan 9 nafsu. Fikirlah apa akan jadi pada diri kamu di dunia dan akhirat nanti, fikirlah apa pula yang akan ibu bapa dan keluarga kamu akan lalui dan akhir sekali fikirlah sekiranya anda sendiri adalah bayi yang dibuang itu. Apa rasanya jika anda dibungkus, dibuang dalam lubang jamban, didalam plastik, didalm tong sampah, disorokkan di bawah katil, di laci dan macam-macam lagi tanpa kasih sayang, belaian dan susu yang dirasai oleh bayi lain. Tolonghlah fikir, merekakah yang merayu kepada anda supaya melahirkan mereka? Adakah bayi-bayi ini mencium kaki anda dan meminta supaya anda berzina supaya wujudnya mereka?
Wahai perempuan-perempuan yang kami kasihi, mungkin artikel ini agak kasar ataupun biadap pada kamu. Tapi, tidak biadapkah perbuatan kamu itu? Sedangkan binatang pun tidak memperlakukan perbuatan sekasar itu. Usahlah makan dengan pujukan, rayuan dan janji-janji manis jantan-jantan keparat zaman sekarang. Lelaki yang menyayangi kamu, tidak akan menggunakan kamu. Cuma akan memelihara dan menjaga kehormatan kamu. Janganlah artikel ini disalah tafsir pula, bukan berkhutbah. Pada sama yang sama, kami pun ingin membetuli diri dan mengingatkan diri kami jua.
3 langkah yang amat mudah. Tiada zina, tiada kandungan luar nikah, tiada pengguguran maka tiadalah langkah "dumb" yang akan dilakukan dengan "dump" bayi yang tidak ada dosa mahupun salah mereka. Mengamalkan pengetahuan seks merupakan salah satu cara mengurangkan masalah ini, namun bukanlah untuk umat Islam. Walaubagaimanapun, jika anda ingin bergelumang dengan dosa dengan mengaktifkan diri dalam arena zina, war-warkanlah diri anda untuk mengetahui kegunaan kondom dan pil perancang kehamilan. Sekian dari kami.